Tuesday, February 4, 2014

REMINDER untuk mak tiri!

Peringatan..
Peringatan..
Peringatan..

Kau rampas segala yang aku punya
Kau rampas kasih sayang seorang ayah kepada anaknya
Kau rampas kebahagian sebuah famili.
Kau rampas masa depan seorang anak.
Kau rampas sesuap rezeki aku dan ibu
Kau rampas segalanya.

Wahai mak tiri,
Aku berdoa semoga kau panjang umur
Agar bisa aku perlihatkan kembali
Segala parut dari setiap sudut yang kau rampas
Segala luka yang kau ciptakan di setiap hembusan nafas aku.
Segala derita yang kau wujudkan semata untuk aku..

Wahai mak tiri,
Izinkan aku bertanya..
Tujuan apa, kau solat 5 waktu sehari semalam?
Sedangkan rukun iman yang ke 6 kau tak pegang?
Tujuan apa kau bertudung litup ke sana ke mari?
Sedangkan setiap suap rezeki ke perutmu itu
Adalah sebahagiannya rezeki aku yang telah kau seka!

Wahai mak tiri,
Aku tidak peduli kalau aku menjadi sainganmu
Kerana aku percaya,
Setiap yang hidup pasti akan mati
Tapi aku ingin kau tahu,
Setiap jerih payah ibuku membanting tulang
Setiap titik air mata ibuku mengalir kerana kamu sekeluarga
Setiap makian, hinaan, cercaan kamu sekeluarga
Yang mengatakan aku dan ibu meraih harta keluarga mu..
Mana?
Mana rumah banglo kediaman aku dan ibu?
Yang ada, cuma sebuah rumah setinggan yang ibu bina atas hasil titik peluh dia bekerja
Mana?
Mana kereta sport 2 pintu yang ibu melaram setiap hari ke sana sini?
Yang ada, cuma sebiji motosikal buruk yang banyak berjasa kepada aku dan ibu!
Mana?
Mana gelang emas cincin permata yang bertingkat- tingkat macam kau?
Yang ada, cuma sebentuk cincin dan seurat rantai emas saiz tali tangsi!
Ingat.
Aku takkan mudah mengalah!

Bila Tuhan beri mata,
Bila Tuhan beri hati,
Kau lupa
Kau angkuh, kau bongkak
Hati kau hitam,
Lebih hitam dari aku yang merokok.

Setiap kali tubuh aku disakiti kerana kau,
Semakin kuat rasa untuk aku buktikan pada dunia
Aku yang sering ditindas takkan mudah mengalah!





No comments:

Post a Comment