Sunday, December 15, 2013

Dulu aku sering sinis kepada mereka
Mereka kecewa kerana cinta

Bagi aku,ketika itu mereka tersangatlah naif.

Hingga ianya terjadi pada aku..
Kesimpulannya..
Aku juga naif

Dan aku pelajari
Cinta yang ikhlas bersama keringat dan kudrat
Lebih bererti dari cinta kepada kesempurnaan..

Kerana cinta kepada kekurangan itu
Mengheret aku sesakit ini.
Umpama sebuah mimpi tanpa pnghujung

Di mana setiap kali mata terbuka..
Aku harus perkuatkan semangatku.
Terima kenyataan, kau bukan tercipta untuk aku.

Hingga saat semalam, aku meluahkan segalanya
Apa yang aku rasakan..
Hati aku kembali kosong.
Kosong dengan ujian yang bertandang..
Aku cuba pejam mata
Namun semalam tiada lena yang berkunjung
Cuma mimpi kecil
Mimpi kecil yang memberi makna untuk aku fahami

Hari ini, aku bangun
Berbekalkan sedikit tenaga
Aku jalani segalanya seperti biasa
Walaupun pada mulanya kaki aku goyah
Aku harus
Harus bersabar
Biar masa menelan segalanya
Biar kasih dan sayang hilang bersama hari
Dan semoga esok, satu keajaiban berlaku!



No comments:

Post a Comment